Domain Tiubia
Teori bentukan merupakan satu teori tentang susur galur bentuk daripada bentuk yang paling asas kepada bentuk paling kompleks. Antara bentuk yang terdapat ialah bentuk dua dimensi dan bentuk tiga dimensi. Oleh itu semua ini ditetapkan dalam satu carta yang dipanggil Hierarki Taksonomi Bentukan.
Isnin, 24 September 2018
Bentuk 3 Dimensi: Sferia
Domain Sferia
Domain Sferia merupakan domain pertama dalam satu turutan domain bentukan. Ia menunjukkan bahawa bentuk Sfera adalah bentuk asas kepada pembinaan bentuk lain. Sfera mempunyai permukaan melengkung yang menyeluruh. Terdapat beberapa variasi, iaitu: Trusferia, Bundaria, Ceperia dan Sosejia .
Variasi : Trusferia
Trusferia merupakan bentuk sfera sebenar. Variati yang paling dikenali adalah variati Sfera.
Variasi : Bundaria
Seperti namanya, variasi Bundaria merujuk kepada bentuk bundar. Bentuk bundar ini adalah leper sedikit dari bentuk sfera. Berbanding dengan bentuk sfera, bentuk bundar mempunyai garisan khat [khatulistiwa] yang jelas dan tertentu.
Variasi : Ceperia
Variasi : Sosejia
Variasi sosejia adalah merujuk kepada bentuk seperti bentuk sosej. Berbatang lurus dengan ukur lilit benbentuk bulat dan hujung yang separa sfera.
Bentuk 2 Dimensi: Cekungan
Domain Cekungan
Domain Cekungan merupakan proses terakhir atau pembalikan proses metamorfosis. Pada kebiasaan keadaan, proses cekungan tidak terjadi secara tunggal. Cekungan adalah proses lanjutan dari Triadan. Oleh kerana domain Triadan bersifat bergaris lurus maka lahirlah domain Cekungan yang terhasil dari kecutan bentuk Triadan. Boleh dikatakan, bentuk cekungan ini adalah bentuk anti-cembungan atau lebih khusus merujuk kepada anti-polimata.
Bentuk 2 Dimensi: Triadan
Domain Triadan
Domain Triadan atau triad merujuk kepada tiga atau segi tiga. Kenapa begitu? Semua bentuk Triad adalah bergaris lurus, bersudut dan berbucu lebih dari dua. Jika kita membelah kesemua bentuk-bentuk triad bermula dari titik pusat ke arah setiap bucu, kita akan menemui bentuk segi tiga [triad]. Segitiga akan menghasilkan 3 bentuk triad, segi empat pula menghasilkan 4 bentuk triad dan seterusnya. Perubahan bilangan segi dalam domain Triadan adalah menunjukkan perubahan variasinya. Segitiga, segiempat dan segi lima adalah dalam variasi yang berbeza. Variasi Segitiga akan menghasilkan variati segitiga sama, segitiga kakisama, segitiga tegak. Segiempat pula akan bervarieti kepada segiempat sama, segiempat tepat, rombus, lelayang dan sebagainya.
Variasi : Segitiga [Triangle]
Variasi segitiga mempunyai 3 sisi lurus, tiga bucu, tiga sudut dan tida triad. Terdapat beberapa varieti:
1. Segitiga bebas
Segitiga bebas mempunyai panjang setiap sisi dan nilai bukaan sudut yang tidak terikat. Ia dinamakan bebas untuk membezakan dengan segitiga yang lain yang lebih terikat sifatnya.
2. Segitiga sama
Segitiga sama hampir sama dengan segitiga bebas tetapi mempunyai panjang sisi yang sama disetiap sisi dan bukaan sudut yang sama di setiap sudut.
3. Segitiga sisisama
Segitiga sisisama mempunyai panjang dua sisi yang sama panjang.
4. Segitiga tepat
Segitiga tepat juga dipanggil segitiga tegak mempunyai satu sudut bernilai 90 darjah.
Variasi : Segiempat [Quadrilateral]
Variasi segiempat mempunyai 4 bucu, 4 sudut, 4 sisi lurus, dan 4 triad. Variasi ini terbahagi kepada dua Gred iaitu gred Quadria dan gred Neoquadria
Gred : Quadria
1. Segiempat sama
2. Segiempat tepat
3. Lelayang [Kite]
4. Rombus [Rhombus]
5. Segiempat rasi
6. Sendeng [Parallelogram]
6. Trapezoid
Gred : Antiquadria
7. Jet
Variasi : Segilima [Pentagon]
Variasi segilima atau biasa dipanggil pentagon mempunyai 5 bucu, 5 sisi lurus, 5 sudut dan 5 triad.
Gred : Penta
1. Segilima sama
2. Lembing [Spear]
2. Megalit [Megalite]
3. Rumah [Home]
Gred : Antipenta
6. Yinliang
Variasi : Segienam [Hexagon]
1. Akik [Agate]
2. Pari [Stingray]
3. Relau [Furnace]
4. Ricih [Shear]
5. Sampan
6. Segienam bebas
7. Segienam sama
8. Tombud [Mice]
Variasi : Segitujuh [Heptagon]
Variasi : Segilapan [Octagon]
Variasi : Segisembilan [Nonagon]
Variasi : Segisepuluh [Decagon]
Bentuk lembing adalah merujuk kepada segilima yang mempunyai 2 sisi tegak yang sama panjang dan 2 sisi tirus yang juga sama panjang manakala tapak adalah bebas.
2. Megalit [Megalite]
3. Rumah [Home]
Gred : Antipenta
6. Yinliang
Variasi : Segienam [Hexagon]
1. Akik [Agate]
2. Pari [Stingray]
3. Relau [Furnace]
4. Ricih [Shear]
5. Sampan
6. Segienam bebas
7. Segienam sama
8. Tombud [Mice]
Variasi : Segitujuh [Heptagon]
Variasi : Segilapan [Octagon]
Variasi : Segisembilan [Nonagon]
Variasi : Segisepuluh [Decagon]
Bentuk 2 Dimensi: Cembungan
Domain Cembungan
Apabila dua tembereng yang sama panjang garis rentasnya dicantumkan di bahagian garis rentas itu, maka ia akan menjadi sebuah bentuk cembung. Secara metamorfosisnya, bentuk Cembungan ini terbentuk setelah terbentuknya bentuk Titisan. Bentuk Cembungan mempunyai dua bucu, dua sudut dan dua garis lengkung berbanding dengan Titisan yang hanya mempunyai satu bucu, satu sudut dan satu garis lengkung. Bentuk cembung inilah yang digelar 'Bentuk Daun Pisang' oleh sarjana China dahulu kala. Terdapat dua jejari iaitu jejari halun [jh] dan jejari rentas [jr].
Bentuk Cembungan terbahagi kepada dua sudomain iaitu subdomain Trumata dan subdomain Polimata. Subdomain Trumata merujuk kepada bentuk cembung berbucu dua. Manakala subdomain Polimata merujuk kepada bentuk cembung berbucu lebih dari dua. Secara tidak langsung, variasi Polimata ini adalah asas kepada kelahiran domain Triadan.
Subdomain : Trumata
Subdomain Trumata merujuk kepada bentuk satu mata.
Variasi : Mata
1. Bawal
2. Cembung sama
Cembung sama merujuk kepada bentuk cembung yang mempunyai garis lengkung yang sama panjang dan dengan garis halun bersudut tegak dengan garis rentas di kedua-dua garis lengkung adalah sama panjang, juga bukaan sudut yang sama.
3. Buntal
3. Paus
4. Sonsang
Subdomain : Polimata
Variasi : Trimata
1. Trimata sama
Variasi : Quadmata
1. quadmata sama
Variasi : Pentamata
1.Pentamata sama
Variasi : Hexamata
Variasi : Heptamata
Variasi : Oktamata
Variasi : Ninamata
Bentuk 2 Dimensi: Titisan
Domain Titisan
Domain ini dipanggil titisan kerana bentuknya menyerupai bentuk titisan air apabila dilukis. Berbeza dengan domain Bulatan, domain Titisan mempunyai 1 bucu dan 1 sudut. Ia juga mempunyai dua garis lurus, yang bersambung dengan satu garis lengkung pada titik maya [tm], titik di mana garis lengkung bertemu garis lurus tanpa sempadan yang jelas. Titik maya juga menjadi pemula kepada garis halun [gh] iaitu jejari yang menunjukkan jarak antara garis lengkung dengan titik pusat. Garis yang menghubungkan titik pusat kepada bucu dipanggil garis rentas. Titisan mengandungi 3 variasi iaitu Titicema, Titilinier dan Titiceka. Gambarajah di bawah adalah merujuk kepada variasi Titilinier.
Variasi : Titicema
Variasi : Titilina
Variasi : Titiceka
Bentuk 2 Dimensi: Bulatan
Domain Bulatan
Bulatan merupakan satu bentuk tanpa hujung. ia adalah infiniti dan merupakan bentuk paling asas. Terdapat banyak varieti, yang terkenal ialah varieti Bulatan penuh. Bulatan mempunyai satu garis lengkung dan jejari yang sekata antara garis lengkung ke titik pusat. Jejari ini penting untuk mengukur luas permukaan dan parameter garis lengkung.
Domain Bulatan perlu menggunakan interen p bernilai 22/7
Langgan:
Catatan (Atom)