Isnin, 17 Januari 2011

Hierarki Taksonomi Bentukan

Pengenalan        

         Hierarki Taksonomi Bentukan adalah satu kaedah pengelasan bentuk. Melalui kaedah ini, kita akan dapat menyusun bentuk-bentuk mengikut urutan kejadian seperti yang dapat dilihat pada pokok bentukan.Tangga aras Hierarki Taksonomi Bentukan dapat dilihat seperti berikut:


Alam
           Kelas
                   Domain
                              Variasi
                                           Gred
                                                   Devisi
                                                            Sektor
                                                                     Varieti

          Aras Alam merupakan aras yang paling tinggi, ia merangkumi semua bentuk, sama ada bentuk geometri atau bentuk bukan geometri yang dipanggil bentuk sejadi. Di dalam kumpulan bentuk Geometri terdapat dua kumpulan besar yang dikumpulkan dalam satu aras di bawah aras Alam iaitu aras Kelas. Terdapat dua kumpulan iaitu kelas Dua Dimensi dan Kelas Tiga Dimensi. Kelas Dua Dimensi adalah bentuk-bentuk yang terujud dalam bentuk lakaran dan dapat disukat menggunakan ukur panjang dan lebar sahaja. Bentuk Tiga Dimensi pula adalah bentuk-bentuk maujud yang boleh dipegang dan boleh dilihat dalam semua sudut luaran. Kelas ini adalah menggunakan ukuran panjang, lebar dan tinggi.
        Di bawah aras Kelas, terdapat aras Domain. Inilah aras yang memisahkan bentuk-bentuk dalam proses transformasinya daripada bentuk-bentuk asas kepada bentuk-bentuk kompleks.Semakin menurun aras ini semakin bentuk-bentuk ini memfokus kepada ciri-ciri khas individual bentuk itu. Penambahan perkataan ‘ultra’, ‘sub’, ‘mega’ dan mikro adalah untuk bentuk-bentuk yang tidak dapat dimasukkan ke dalam mana-mana aras di atas.
         Keujudan bentuk-bentuk ini sama ada bentuk-bentuk Dua Dimensi mahupun bentuk-bentuk Tiga Dimensi adalah saling berkait. Perkaitan ini dapat dilihat apabila kita melihatnya dari sudut perubahan bentuk itu sendiri. Dalam kelas 2 Dimensi dan kelas 3 dimensi, bentuk paling asas adalah bentuk bulat. Bentuk bulat adalah merujuk kepada asas pembentukan makhluk hidup iaitu dalam bentuk telur [ovum]. Setelah itu berlaku proses metamorfosis, separa matang, matang dan akhirnya kepada proses pengecutan sebelum kematian. Proses ini juga berlaku kepada alam semester ini. Aasalnya alam ini adalah debu yang dipadatkan. seperti kita memadatkan tanah liat akan berbentuk bola. Kemudian ia pecah dan membentuk pelbagai bentuk yang baru, termasuk Bumi ini yang juga berbentuk bola. Sehingga waktu yang dijanjikan, alam semester ini akan runtuh dan mengecut.


Diagnosa

         Apabila satu bentuk dikaji, ia akan menunjukkan pelbagai ciri yang sesetengahnya menunjukkan ciri-ciri domain, gred, variasi, sektor, dan sebagainya. Oleh itu, apabila ingin menentukan di mana satu-satu bentuk itu harus diletakkan ialah bergantung kepada ciri-ciri yang ditunjukkannya.
         Masalah diagnosa akan timbul apabila semakin ramai orang mula memperkatakan tentang bentuk-bentuk geometri yang selama ini diabaikan. Kebanyakan bentuk-bentuk popular adalah bernama tetap tetapi masih banyak bentuk-bentuk yang tidak bernama dan masih tidak ada rumus yang tetap untuk mencari ukuran yang diperlukan. Sebagai contoh, bentuk Cembungan boleh dikatakan sebagai hasilan dua tembereng yang sama saiz dicantumkan. Bentuk Cembungan pernah dinyatakan sebagai bentuk daun pisang dalam buku berjudul ‘Shu-shu Chiu-chang (Matematik dalam Sembilan bab) oleh seorang sarjana China dalam abad ke-13 bernama Chin Chiu Shao (1202-1261).

Rumus mencari luas yang digunakan adalah seperti berikut:

(2L)2 + 2L{c/2)2 – (b/2)2} -10 (c = b)3 = 0


Bentuk daun pisang yang dikira luasnya.



Hierarki taksonomi bentukan

Carta aliran hierarki taksonomi bentukan

        Siapa yang tidak mengenali bentuk-bentuk. Dari bulat hingga ke bentuk piramid. Adakah anda tahu, segala bentuk-bentuk ini boleh dikategorikan di bawah satu alam yang dipanggil Alam bentukan. Alam ini dipecahkan kepada dua subalam iaitu Subalam sejadi dan Subalam Geometri. Kajian saya adalah berhubung kepada Subalam Geometri. Sebagaimana semua orang tahu, Subalam Geometri ini terbahagi kepada dua kelas iaitu Kelas Dua Dimensi dan Kelas Tiga Dimensi. Dibawah dua kelas ini terdapatlah beberapa domain. Maka bermulalah sebuah hierarki taksonomi bentukan.
        Adakah anda tahu bahawa bentuk Sfera itu adalah bentuk yang tunggal, manakala kon dan piramid adalah dalam satu domain sepertimana bentuk selinder, prisma dan kobaid. Satu bentuk seakan selinder tapi bermuka cembungan. Bentuk ini dinamakan Kelulus. Semua bentuk diletakkan di dalam hierarki yang terakhir yang dipanggil varieti. sebagai contoh terdapat beberapa varieti segiempat seperti Segiempat sama, Segiempat tepat, rombus dan lelayang.



Pokok evolusi bentukan




Pokok evolusi bentukan

Pokok evolusi bentukan merupakan satu carta aliran bentuk-bentuk asas kepada pecahan-pecahan bentuk yang komplek. Walaupun semua bentuk adalah dicipta oleh Allah secara langsung namun kita dapat mengelaskannya kapada beberapa ciri serupa dan tidak serupa. Paling jelas adalah bentuk dua dimensi dan bentuk tiga dimensi. Kini telah ujud bentuk empat dimensi. Dimensi keempat adalah dimensi yang boleh diterokai, boleh dihayati, dilihat dan disentuh tetapi dalam bentuk maya sahaja. Dimensi keempat ini juga dipanggil dimensi cyber. Buat masa sekarang, dimensi itu baru berjaja diterokai separuh sahaja. maka bolelah ia dipanggil dimensi 3 setengah.

      Di dalam Kelas 2 Dimensi terdapat 5 domain iaitu:

1.  Bulatan
2.  Titisan
3.  Cembungan
4.  Triadan
5.  Cekungan

     Di dalam kelas 3 Dimensi pula terdapat 6 domain iaitu:

1.  Sferia
2.  Titeria
3.  Koneria
4.  Toperia
5.  Seleria
6.  Tiubia