Domain Tiubia
Teori Bentukan
Teori bentukan merupakan satu teori tentang susur galur bentuk daripada bentuk yang paling asas kepada bentuk paling kompleks. Antara bentuk yang terdapat ialah bentuk dua dimensi dan bentuk tiga dimensi. Oleh itu semua ini ditetapkan dalam satu carta yang dipanggil Hierarki Taksonomi Bentukan.
Isnin, 24 September 2018
Bentuk 3 Dimensi: Sferia
Domain Sferia
Domain Sferia merupakan domain pertama dalam satu turutan domain bentukan. Ia menunjukkan bahawa bentuk Sfera adalah bentuk asas kepada pembinaan bentuk lain. Sfera mempunyai permukaan melengkung yang menyeluruh. Terdapat beberapa variasi, iaitu: Trusferia, Bundaria, Ceperia dan Sosejia .
Variasi : Trusferia
Trusferia merupakan bentuk sfera sebenar. Variati yang paling dikenali adalah variati Sfera.
Variasi : Bundaria
Seperti namanya, variasi Bundaria merujuk kepada bentuk bundar. Bentuk bundar ini adalah leper sedikit dari bentuk sfera. Berbanding dengan bentuk sfera, bentuk bundar mempunyai garisan khat [khatulistiwa] yang jelas dan tertentu.
Variasi : Ceperia
Variasi : Sosejia
Variasi sosejia adalah merujuk kepada bentuk seperti bentuk sosej. Berbatang lurus dengan ukur lilit benbentuk bulat dan hujung yang separa sfera.
Bentuk 2 Dimensi: Cekungan
Domain Cekungan
Domain Cekungan merupakan proses terakhir atau pembalikan proses metamorfosis. Pada kebiasaan keadaan, proses cekungan tidak terjadi secara tunggal. Cekungan adalah proses lanjutan dari Triadan. Oleh kerana domain Triadan bersifat bergaris lurus maka lahirlah domain Cekungan yang terhasil dari kecutan bentuk Triadan. Boleh dikatakan, bentuk cekungan ini adalah bentuk anti-cembungan atau lebih khusus merujuk kepada anti-polimata.
Langgan:
Catatan (Atom)